Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN 2022)

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar peringkat ijazah pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU).

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Pinjaman boleh ubah bermaksud anda tidak perlu membayar keseluruhan jumlah pinjaman yang dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:

  • pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Bidang Yang Ditawarkan

Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA. Bidang-bidang yang dipohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).

Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / dual ijazah / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

Syarat Kelayakan

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  5. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

Syarat Khusus

Bergantung kepada pengajian yang diambil. Sila layari pautan ini untuk maklumat lanjut tentang syarat khusus mengikut pengajian.

Senarai Institusi Yang Ditaja Di Bawah PIDN 2022

Senarai institusi yang ditaja di bawah PIDN 2022 adalah seperti di pautan ini.

Cara Memohon

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my bermula 14 Februari 2022 (jam 4.30 petang) hingga 27 Februari 2022 (jam 11.59 malam).

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh-Tarikh Penting

AktivitiTarih / Hari
Permohonan dibuka14 Februari 2022 (Isnin)
Permohonan ditutup27 Februari 2022 (Ahad)
Jangkaan Keputusan27 Mei 2022
Sesi Mula TajaanSeptember 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja) atau hubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4:30 petang.

Total
22
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts