Permohonan Biasiswa Turki 2022 Dibuka Untuk Rakyat Malaysia!

Permohonan Biasiswa Turki 2022 telah pun dibuka untuk permohonan bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Turki.

Biasiswa Turki ini di bawah kelolaan Pejabat Perdana Menteri dan Hubungan Luar Turki dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Turki.

Tujuan Biasiswa Turki diperkenalkan adalah untuk membina rangkaian pemimpin masa depan yang komited untuk mengukuhkan kerjasama antara negara dan meningkatkan persefahaman bersama dalam kalangan masyarakat.

Biasiswa ini dibuka untuk pelajar antarabangsa dan tempatan sejak beberapa tahun yang lalu dan menawarkan beberapa jenis biasiswa mengikut tahap pengajian.

Manfaat Biasiswa

Pelajar yang layak menerima biasiswa bukan sahaja menerima bantuan kewangan, yuran pengajian, penginapan dan insurans kesihatan tetapi juga pelajar akan ditempatkan di universiti terkemuka.

Peringkat Pengajian

Biasiswa ini ditawarkan bagi individu yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Kedoktoran

Tarikh Permohonan

Permohonan mula di buka pada 10 Januari 2022 sehingga 22 Februari 2022 secara atas talian.

Cara Mohon Biasiswa Turki

Bgai individu yang berminat untuk memohon, permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.turkiyeburslari.gov.tr/announcements/turkiye-scholarships-2022-applications-19.
  2. Klik bahagian ‘Apply Now’ dan klik bahagian ‘Register.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Save.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Pilih universiti dan program yang diinginkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Dokumen pengenalan diri, kad pengenalan atau pasport yang sah.
  • Gambar calon yang diambil dalam tempoh 1 tahun lepas.
  • Keputusan peperiksaan kebangsaan (jika ada).
  • Diploma atau sijil tamat pengajian sementara.
  • Transkrip akademik.
  • Keputusan peperiksaan antarabangsa (GRE, GMAT, SAT, dan lain-lain) jika diperlukan oleh universiti atau program yang dipilih.
  • Keputusan ujian bahasa antarabangsa seperti TOEFL, DELF jika diperlukan oleh universiti atau program yang dipilih.
  • Cadangan topik penyelidikan dan contoh bertulis penyelidikan yang telah dijalankan (hanya untuk permohonan PhD)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web iaitu https://www.turkiyeburslari.gov.tr/.

Total
14
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *