Permohonan Bantuan Kewangan 2022 Kepada Pengusaha Pelancongan

Susulan impak pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada industri pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan bantuan khas kepada pengusaha pelancongan di bawah Belanjawan 2022.

Berbanding tahun lepas di mana sebanyak 61 juta diperuntukan, Bantuan Kewangan Tahun 2022 bantuan khas ini ditambah menjadi RM85 juta dan bakal menyasarkan kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC.

Inisiatif ini diharap dapat membantu industri pelancongan negara untuk terus berdaya saing seterusnya dapat membantu memulihkan semula sektor pelancongan Negara.

Justeri itu, pengusaha syarikat pelancongan yang layak disarankan mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak MOTAC melalui permohonan atas talian.

Pengusaha Pelancongan Yang Layak

Pengusaha pelancongan yang layak dalam bantuan ini adalah seperti berikut:

Jumlah Bantuan Kewangan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada pengusaha pelancongan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Syarikat TOBTAB dan MM2H: RM9,000
  • Spa dan PUK: RM3,000.00
  • Pemandu pelancong: RM1,500
  • Pengusaha homestay: RM1,800

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bantuan kewangan tahun 2022 kepada pengusaha pelancongan dibuka mulai 1 Mac sehingga 15 Mac 2022.

Bayaran-bayaran ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali mulai bulan Mac dan Mei 2022.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://www.motac.gov.my/ atau anda juga boleh layari pautan bagi setiap jenis perniagaan seperti di bawah:

Baca juga: Bantuan Insentif ONE OFF Sektor Pelancongan Johor

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai bantuan kewangan pengusaha pelancongan ini boleh dirujuk kepada pejabat MOTAC di setiap negeri.

Maklumat pejabat MOTAC boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.motac.gov.my/hubungi/pejabat-negeri

Total
19
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts