Permohonan Bantuan Banjir LZS RM600 Fasa Kedua Dibuka

Permohonan Bantuan Banjir LZS fasa kedua dibuka untuk permohonan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Selangor.

Lembaga Zakat Selangor sebelum ini melancarkan LZSPeduli sebagai bantuan yang diberikan secara ‘one off’ kepada ketua keluarga terjejas akibat banjir.

Terdahulu Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima lebih 30,000 permohonan daripada mangsa banjir sehingga minggu lalu, namun hanya 14,500 permohonan yang diluluskan bagi mendapatkan bantuan segera sebanyak RM600.

Baca juga: Bantuan Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Banjir RM56,000

Kadar Bantuan

Kadar bantuan ialah RM600 bagi pemohon yang layak.

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan fasa kedua dibuka bermula 1 Januari hingga 31 Januari tahun ini.

Syarat Kelayakan

Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan sebelum memohon bantuan banjir LZS seperti di bawah:

  1. Individu beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  3. Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautuin di Negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

Cara Memohon

Permohonan bantuan banjir tersebut boleh dilakukan secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/lzspeduli atau permohonan secara manual boleh dibuat dengan mengunjungi cawangan LZS berhampiran.

Permohonan hanya boleh dibuat satu bagi setiap rumah kediaman.

Kategori Pemohon

Pemohon daripada kategori di bawah boleh memohon bantuan banjir LZS ini.

  1. Asnaf fakir, miskin dan muallaf
  2. Bukan asnaf fakir, miskin dan muallaf

Dokumen Diperlukan

Bagi memastikan kelancaran permohonan anda, sila pastikan dokumen di bawah ini disediakan sebelum membuat permohonan:

  1. Laporan polis (berkaitan bencana) atau,
  2. Pengesahan Ketua Masyarakat.

Kaedah Bayaran

Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-

  1. Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  2. Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  3. Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau khidmat pelanggan melalui saluran Livechat di Portal Zakat Selangor.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343

Total
36
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts