MyICE: Geran RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar

Melalui belanjawan 2022 yang dibentang oleh Menteri Kewangan tahun lepas, kerajaan melalui Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) telah bersetuju memperuntukan RM20 juta bersamaan RM10,000 kepada 2,000 Pertubuhan Berdaftar.

Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICE) adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori kebajikan, sosial, keselamatan dan hak asasi yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Pemberian geran ini bertujuan untuk pembiayaan program dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.

Syarat Kelayakan

Pertubuhan yang layak memohon MyICE adalah seperti berikut: 

  1. Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021. Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020. 
  2. Pertubuhan yang berdaftar di bawah kategori: 
    • Kategori Kebajikan: 
      • Ibu Tunggal
      • Kebajikan Masyarakat
      • Kebajikan Ahli
      • Orang Kurang Upaya (OKU)
      • Warga Emas
      • Kanak-Kanak
    • Kategori Keselamatan: 
      • Pencegahan Jenayah
      • Bomba Sukarela
    • Kategori Hak Asasi 
      • Alam Sekitar
      • Pengguna
      • Manusia
      • Pendidikan
    • Kategori Sosial
      • Alumni
      • Pendidikan
      • Penduduk
      • Keturunan
      • Pekerjaan
  3. Pertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur dan terkini sekurang-kurangnya Penyata Tahunan bagi tahun 2020.
  4. Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik.

Cara Memohon

Pertubuhan berdaftar bagi 4 kategori yang dinyatakan boleh memohon MyICE dengan mengisi dan melengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES di alamat www.eroses.gov.my.

Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.

Pertubuhan hendaklah mengemukakan kertas kerja yang perlu dilengkapkan dalam Bahasa Melayu secara atas talian mengikut format yang ditetapkan di dalam sistem permohonan MyICE. 

Pemohon juga perlu mengemukakan salinan penyata bank yang mempunyai nama dan nombor akaun pertubuhan yang telah disahkan oleh bank dengan memuat naik ke dalam sistem permohonan.

Tarikh Permohonan

Permohonan MyICE boleh dibuat mulai 1 Februari 2022 sehingga 31 Mei 2022.

Jumlah Peruntukan

Jumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap Pertubuhan.

Kaedah Bayaran

Peruntukan akan disalurkan ke akaun pertubuhan yang diperakui dalam borang permohonan yang didaftarkan di atas nama pertubuhan sahaja, manakala akaun yang didaftarkan di bawah nama persendirian atau individu adalah tidak dibenarkan.

Surat pemakluman mengenai penyaluran peruntukan akan dikeluarkan oleh JPPM melalui emel dan Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemakluman.

Proses Permohonan

Carta alir proses permohonan geran MyICE adalah seperti di bawah:

Tarikh Semakan

Keputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES dalam tempoh 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian MyICE bersidang.

Keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian MyICE dan ia adalah MUKTAMAD.

Muat Turun Manual Panduan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts