Malaysia Lulus Pil Paxlovid Bagi Rawatan Covid-19

Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, pelbagai usaha telah pun dilakukan oleh kerajaan. Antaranya ialah dengan mewujudkan SOP, melaksanakan PKP dan memberi vaksin kepada setiap individu yang layak bagi mewujudkan kelompok imuniti dalam masyarakat.

Terbaharu, kerajaan telah meluluskan penggunaan pil untuk rawatan Covid-19 keluaran Pfizer, Paxlovid secara pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang pada Khamis.

Katanya, pil berkenaan membabitkan gabungan molekul baharu, PF-07321332 dan ritonavir antiviral HIV yang perlu diambil sebagai tablet berasingan.

Bagaimanapun menurut Noor Hisham, Produk Paxlovid tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19. Ianya hanya digunakan untuk rawatan Covid-19 kepada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen serta berisiko tinggi untuk mendapat gejala Covid-19 yang teruk (severe).

Pada Disember lalu, media melaporkan pengawal selia ubat-ubatan bawah Kesatuan Eropah (EU) membenarkan negara anggota untuk menggunakan pil baharu Covid-19 keluaran Pfizer, walaupun ubat terbabit belum diberikan kelulusan rasmi.

Ia sebagai langkah kecemasan untuk mengekang gelombang penularan pantas virus terbabit yang dipacu varian Omicron.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat tersebut memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Total
7
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts