Mais Tawar Rumah Sewa Serendah RM500 Di Shah Alam

Bagi anda yang sudah berkeluarga dan masih mencari rumah untuk di sewa di kawasan sekitar Shah Alam, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sedang menawarkan 30 unit rumah sewa di Seksyen 3 untuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Rumah sewa yang ditawarkan mempunyai tiga bilik dan dua bilik air dengan kadar sewaan dari RM500 sehingga RM600.

Namun begitu tawaran ini hanya kepada mereka yang berkeluarga sahaja serta mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000.

Spesifikasi Rumah Sewa

Rumah rumah bertempat di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam dengan keluasan 600 kaki persegi (3 bilik +2 bilik air).

Antara kemudahan terdapat di bangunan ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta ATM Bank Islam.

Selain itu, ia juga berdekatan dengan pelbagai restoran makanan dan kedai keperluan harian.

Syarat Permohonan Rumah Sewa MAIS 2022

Syarat kelayakan untuk memohon rumah sewa MAIS ini adalah seperti berikut:

  • Berkeluarga
  • Mempunyai Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM5,000.00
  • Berkhidmat di Negeri Selangor

Kadar Sewa Bulanan

Kadar sewaan serendah RM500.00 bagi sektor awam dan RM600.00 bagi sektor swasta.

Cara Memohon

Bagi anda yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan seperti di atas boleh mengisi borang permohonan sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi saluran berikut:

Total
19
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts