Kontak Rapat Lengkap Dos Penggalak Tidak Perlu Kuarantin Mulai 1 Mac

Jika sebelum ini Kementerian Kesihatan (KKM) memansuhkan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontak rapat kes COVID-19 khusus pada sektor perkhidmatan kesihatan awam.

Hari ini, KKM memutuskan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontrak rapat kes COVID-19 individu yang menjadi kontak rapat juga terpakai untuk orang awam.

Menurut menterinya Khairy Jamaluddin, mereka yang menjadi kontak rapat kes COVID-19 tetapi telahpun menerima dos penggalak serta tidak bergejala, tidak lagi perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 1 Mac ini.

Tambah beliau lagi, bagaimanapun individu berkenaan perlu menjalani ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif berkenaan.

Sekiranya ujian yang dijalankan itu negatif, individu ini boleh lakukan urusan seperti biasa, manakala mereka yang positif pula perlulah melaporkan dalam aplikasi MySejahtera serta menjalani tempoh isolasi.

Bagi individu yang lengkap dos vaksin dan belum menerima dos penggalak, mereka kekal perlu menjalani kuarantin dalam tempoh lima hari.

Mereka juga perlu melakukan ujian RTK Antigen sama ada secara profesional atau kendiri, pada hari kelima dan boleh dilepaskan daripada HSO sekiranya keputusan negatif COVID-19. Sekiranya positif, mereka perlu melaporkan hasil ujian melalui MySejahtera dan menjalani proses positif COVID-19.

Manakala, mana-mana individu yang dijangkiti dan sudah pulih daripada COVID-19 tetapi tidak bergejala, tidak perlu menjalani kuarantin.

Bagi mereka yang masih belum melengkapkan dua dos vaksin masih kekal perlu menjalani kuarantin selama 7 hari jika menjadi kontak rapat kes COVID-19.

Total
28
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts