Ini Sebab Kenapa Wanita Hamil Digalakkan Amik Dos Penggalak Menurut Pakar

Keperluan mengambil dos penggalak sememangnya menjadi keperluan selepas dua dos pelengkap. Ianya menjadi keperluan selepas kemunculan varian Delta dan Omicron di dalam negara.

Jika sebelum ini dos penggalak hanya diutamakan kepada golongan warga emas dan golongan dengan komorbiditi sahaja. Kini, ianya menjadi keperluannya kepada setiap orang termasuk golongan wanita hamil.

Golongan wanita hamil digalakkan untuk mengambil vaksinasi lengkap COVID-19 termasuklah dos pelengkap (booster) bagi mengelakkan dijangkiti varian Omicron.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 97% wanita hamil yang meninggal dunia didapati tidak mengambil vaksin.

Menurut Pakar Perubatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Muniswaran A/L Ganesham berkata bahawa individu yang sudah selesai mengambil dos penggalak vaksin didapati lebih kurang berisiko untuk mendapat kesan teruk apabila dijangkiti wabak berkenaan.

Tambahnya lagi, vaksin penting untuk diambil kerana ia berkesan dan lebih proaktif sama seperti di negara barat untuk melawan varian Deltan dan Omicron.

“Adakah vaksin ini penting? Ya, di Malaysia juga sama sebagaimana di negara barat bahawa vaksin ini berkesan. Tapi kita tahu ia untuk Delta, namun untuk Omicron berlainan pula.

Tambah Dr Muniswaran lagi, langkah kerajaan menggalakkan suntikan dos penggalak COVID-19 adalah harus supaya setiap individu mempunyai tahap ketahanan imun yang lebih baik berbanding hanya dua dos vaksin COVID-19. Hal ini memandangkan virus COVID-19 masih belum habis dikaji dan sentiasa berevolusi.

Setakat ini, Omicron diyakini lemah apabila menjangkiti manusia yang sudah mempunyai vaksin lengkap. Sebanyak 12,769, 610 individu sudah mengambil dos pelengkap vaksin COVID-19, setakat semalam.

Total
44
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts