Ini Kesan Buruk Makanan Guna Pewarna Tiruan Pada Otak Anak

Kanak-kanak sememangnya sukakan makanan yang berwarna warni disebabkan ianya menarik perhatian mereka dan warna-warni itu juga menampakkan makanan tersebut sedap di pandangan mata.

Namun sebenarnya warna-warni tersebut hanyalah berasal daripada pewarna tiruan yang digunakan pada makanan untuk menaikkan warna.

Pengambilan makanan yang menggunakan pewarna makanan ini banyak memberi keburukan kepada kita terutamanya kepada kanak-kanak.

Tanpa kita sedar, pengambilan makanan dengan pewarna tiruan banyak memberi kesan pada otak anak kita malah sikap dan perangai anak akan turut terkesan tanpa kita sedar. Bukan sekadar alergik bahkan banyak simptom lain yang memberi kesan pada anak kita.

Ikuti perkongsian daripada Dr Mazliana Mazlan di bawah:

Dr Mazliana Mazlan kongsikan keburukan jenis pewarna ini untuk panduan mak ayah. Yang sebelah kanan tu, gambar otak anak yang tak normal.

Ini kesan pada otak anak sebab ambil makan minum yang ada pewarna tiruan dengan kerap. Nampak tak gambar pertama. Otak sebelah kanan, makin banyak dot warna merah dan putih, berbanding yang belah kiri.

Dot merah dan putih itulah yang tunjukkan otak anak ini terlebih aktif dan sensitif.Yang warna biru, itu aktiviti otak yang normal. Warna merah dan putih yang berlebihan, itu tak normal .Ibu dan ayah si anak ni pelik dan risau.

Bila anak makan makanan tinggi pewarna merah, mesti anak jadi agresif dan tak boleh dikawal. Lama mereka cari punca. Rupanya bila hentikan pewarna makanan tiruan dari anak, terus behavior anak jadi macam biasa.

Tak nak jadikan makanan tinggi pewarna macam ni sebagai sarapan pemula hari anak, okey. Reaksi alergik, tak semestinya dengan timbul ruam satu badan, gatal kulit, bersin tak berhenti.

Behavior berubah jadi pelik pun salah satu dari reaksi yang boleh berlaku, cuma kita selalunya tak perasan sangat.

Elakkan anak-anak kita dari pewarna makanan tiruan. Terlalu banyak ada dalam makanan ultra processed. Makanan tinggi pewarna macam ni, anak memang suka. Mereka tertarik dengan warna yang terang dan cerah. Naikkan selera mereka nak makan. Tapi, ia akan bawa kesan buruk pada otak anak jika kita tak kawal pengambilannya.

Baca juga: Tips Beli Cili Kering Yang Kurang Pedas Dan Segar

Cuba elakkan, makan minum yang ada pewarna tiruan macam dalam gambar, di rumah kita. Apatah lagi pewarna makanan tiruan, yang kita sendiri guna untuk baking dan masak makanan anak-anak. Ada pewarna atau tak, rasanya tetap sama kan. Yang beza, cuma warna yang boleh tarik perhatian anak. Jus buah pun ada.

Kita ingat dah sihat sebab nama jus buah, kan. Tapi bila kita tahu ia tak elok untuk otak dan minda anak dalam jangka masa panjang, mesti tak sanggup lagi dah kita nak masukkan dalam adunan kek yang anak minta.

Sama-sama kita cuba ya, perhatikan apa yang anak makan setiap hari.

Total
5
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts