i-Ceria KWSP : Pengeluaran One-Off Terakhir KWSP?

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP menerusi beberapa siri inisiatif, i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari. Pengeluaran KWSP melalui initiatif ini adalah untuk meringankan beban rakyat ekoran kesukaran hidup sepanjang berlakunya pandemik COVID-19.

Baru-baru ini, seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Menurut Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), cadangan tersebut dikemukakan kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Tambah beliau, tuntutan tersebut bagaimanapun tidak menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua rakyat Malaysia kebanyakannya tidak cukup.

Beliau menekankan di mana masih ada rakyat Malaysia yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini

Justeru, Mohd Salim berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran i-Ceria KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.

Baca juga: Dividen KWSP 2021 Lebih Tinggi. Tarikh Semak Dividen Mulai 6 Mac 2022

Cadangan tersebut turut dipersetujui beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M. Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).

Ahli parlimen Bebas Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar berpendapat cadangan i-Ceria bertepatan dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kerajaan bertanggungjawab membantu anggota Keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

Karupaiya dan Hasan berpendapat kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang, kenaikan harga barang yang berleluasa tanpa kawalan menyebabkan kuasa beli kalangan rakyat semakin berkurang walaupun mempunyai wang.

Total
15
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts