Hari Pengguna Kebangsaan Disambut Bulan Mac Setiap Tahun

Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 11  Disember 2020 telah bersetuju menetapkan (mengisytiharkan) bahawa  Bulan Mac setiap tahun sebagai Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK). Oleh  kerana Covid19 yang sedang memuncak, sambutan pada tahun 2021 telah  ditangguhkan. 

  1. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal  Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan sambutan BPK buat  julung-julung kalinya di peringkat nasional di seluruh negara bulan Mac  2022. Objektif BPK antara lain untuk memperkasa pengguna agar menjadi  lebih cakna dan berdaya upaya dalam pelbagai aspek terutamanya aspek  perlindungan pengguna. 
  2. Sambutan BPK ini bersesuaian dengan sambutan Hari Hak Pengguna  Sedunia (HHPS) yang disambut pada 15 Mac setiap tahun di mana tahun ini  temanya adalah Fair Digital Finance yang bermaksud kesaksamaan dalam  kewangan digital. Ia menumpukan kepada kesaksamaan dan perlindungan  dalam aktiviti kewangan secara atas talian. KPDNHEP mengadaptasi tema  berkenaan selaras dengan keadaan dan kesesuaian masyarakat pengguna  di negara ini iaitu Digitalisasi Pengguna yang berfokuskan kepada  penggunaan transaksi atas talian yang lebih mudah, cepat dan selamat bagi  urusan harian. 
  3. Pemilihan tema ini bertepatan dengan senario pandemik Covid-19  yang memerlukan sebahagian besar transaksi bayaran, jual beli dan sebagainya dilakukan tanpa sentuhan dan transaksi dalam talian adalah  platform yang paling selamat dan efisien.
  1. KPDNHEP berharap pengguna turut serta bersama arus teknologi  digital dan seterusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan  kepenggunaan digital lebih-lebih lagi dari sudut keselamatan dan  perlindungan dari ancaman scam, penipuan, penggodam dan sebagainya. 
  2. Bagi merancakkan pengisian Bulan Pengguna Kebangsaan 2022,  pelbagai aktiviti dan program telah dirancang selaras dengan perkembangan  hal ehwal kepenggunaan semasa dengan pematuhan prosedur operasi  standard (SOP) yang masih berkuatkuasa. Antara aktiviti dan program yang  akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah termasuklah aktiviti  komuniti, wacana ilmiah, kembara rakan KPDNHEP, jualan, karnival  kepenggunaan, promosi dan pertandingan kepenggunaan. BPK ini akan  disambut selama sebulan bermula pada 1 Mac dan berakhir pada 31  Mac 2022 di mana kemuncak sambutan akan diadakan pada 26 Mac  2022. 
  3. Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah atau menjadi  mangsa penipuan, segeralah bertindak dengan melaporkan perkara  berkenaan kepada KPDNHEP atau agensi-agensi berkenaan dan pastikan  hak anda sebagai pengguna sentiasa dilindungi.  

Pengguna bijak, perkasa hak, berani bertindak! 

Total
42
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts