Dividen KWSP 2021 Lebih Tinggi. Tarikh Semak Dividen Mulai 6 Mac 2022

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.

Ianya lebih tinggi berbanding pada tahun 2020 di mana dana persaraan itu mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.2 peratus yang membabitkan agihan seba­nyak RM42.88 bilion bagi simpanan konvensional dan 4.9 peratus bagi simpanan syariah yang berjumlah RM4.76 bilion.

Jumlah pengagihan terkumpul bagi 2021 adalah RM56.72 bilion, iaitu RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.27 bilion lagi untuk Simpanan Syariah

Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP sini, hari ini.

Sejarah Dividen KWSP

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, dividen KWSP 2021 meningkat berbanding tahun 2020 dan ianya lebih tinggi berbanding juga pada tahun 2019. Anda boleh rujuk sejarah dividen KWSP seperti di bawah:

Baca juga: Program Felo Perdana Dan Felo Korporat 2022, Elaun Sehingga RM2,000

Semak Dividen KWSP

Untuk makluman, anda boleh membuat semakan dividen KWSP ini dikreditkan ke akaun mulai 6 Mac 2022.

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun.

  1. Layari www.kwsp.gov.my
  2. Pergi kepada ikon Login
  3. Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
  4. Klik View Details di bahagian menu Dividend
  5. Perincian Dividen tahun 2021 akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

Total
18
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts