DanaNITA 2022: Pembiayaan Niaga Khas Wanita Sehingga RM150,000

DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Skim ini adalah pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan dengan pembiayaan sehingga RM150,000 bagi pusingan modal atau pembelian peralatan dan mesin.

Skop Pembiayaan

Pembiayaan adalah untuk pusingan modal dan pembelian peralatan dan mesin

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan adalah sehingga RM150,000 dengan kadar keuntungan 3.5%. Tempoh pembiayaan adalah 1 hingga 10 Tahun (12 hingga 120 bulan).

Syarat Kelayakan Memohon DanaNITA

Berikut merupakan syarat kelayakan dan kriteria permohonan DanaNITA:

Syarat Asas:

  • Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

Kelonggaran Syarat:

  • Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  • Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Jaminan Pembiayaan

Bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah, penjamin tidak perlu dan dikecualikan.

Bagi pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:

  1. Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
  2. Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
  3. Gabungan kedua-duanya sekali; atau
  4. Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

Cara Memohon DanaNITA 2022

Permohonan secara dalam talian di myusahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Tarik Permohonan

Permohonan DanaNITA 2022 akan ditutup pada 31 Disember 2022.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada [email protected] atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri (PMN) di talian Hotline 03 2613 2000

Total
13
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts