Daftar Janji Temu Vaksinasi Kanak-Kanak Di MySejatera Boleh Dibuat Mulai 7 Mac

Daftar janji temu vaksinansi kanak-kanak menerusi aplikasi MySejahtera bakal di buka di seluruh negara pada 7 Mac ini.

Sebelum ini pendaftaran janji temu PICKids hanya dilaksanakan di Lembah Klang sejak PICKids dilancarkan pada 3 Februari lepas. Kini ianya diperluaskan ke seluruh negara sebagai usaha kerajaan dalam memberi perlindungan kanak-kanak terhadap varian Omicron.

“Selepas mendaftarkan anak sebagai tanggungan, ibu bapa atau penjaga boleh memilih pusat pemberian vaksin (PPV) untuk menempah janji temu vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera dan memilih tarikh dan masa dikehendaki.

Bagi ibu bapa yang berhajat untuk memberi vaksin kepada anak mereka, pastikan anda telah mengemas kini aplikasi dan informasi sebelum membuat janji temu melalui Sistem Pengurusan Tempahan.

Jenis Vaksin PICKids

Bagi kanak-kanak lima hingga 11 tahun, vaksin yang akan diberikan adalah jenis Pfizer mempunyai dos rendah lebih rendah daripada orang dewasa.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli menasihati ibu bapa agar mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak bagi melindungi anak-anak mereka daripada komplikasi serius, terutamanya Sindrom Keradangan Pelbagai Sistem dalam Kanak-Kanak (MIS-C).

Menurut beliau, dilaporkan pada Februari, tujuh kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah meninggal dunia akibat MIS-C disebabkan jangkitan Covid-19 di Malaysia, dan kes berkenaan dilihat semakin meningkat.

Baca juga: Dos Penggalak Penerima Vaksin Sinovac Dilanjutkan Sehingga 31 Mac

Lokasi PPV PICKids

Menurut Dr Anas Alam, sebanyak 821 PPV fasiliti kesihatan swasta (klinik swasta, hospital pakar swasta, hospital swasta dan pusat jagaan ambulatori) dan 91 PPV Offsite di bawah ProtectHealth menyediakan vaksinasi di bawah program PICKids.

Beliau berkata, ibu bapa atau penjaga boleh mencari PPV pilihan mereka untuk PICKids di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan menerusi laman web www.protecthealth.com.my.

Total
16
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts