Cara Mohon Subsidi Pembelian Car Seat (CRS) Kanak-kanak 2022

Pada pembentangan belanjawan 2022 oleh kerajaan yang lepas, kerajaan telah meluluskankan pemberian subsidi sehingga 50% rebat atau maksimum RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak.

Berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak dan daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes adalah melibatkan kematian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini bagi tahun 2022 ini untuk makluman bersama.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati subsidi ini bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Subsidi ini dilihat bakal meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.

Syarat Kelayakan Penerima Subsidi

Penerima subsidi carseat (CRS) 2022 haruslah menepati syarat kelayakan penerima subsidi seperti di bawah:

  1. Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.
  2. Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
  4. Warganegara yang menetap di Malaysia.
  5. Rujukan data utama daripada oenerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.
  6. Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019
  7. Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.

Kadar Subsidi

Subsidi yang diberikan kepada mereka yang layak adalah sebanyak 50% rebat atau maksimum sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Cara Penebusan Subsidi Ini?

Cara penebusan subsidi pembelian CRS (child carseat) 2022 adalah seperti berikut:

  1. Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.
  2. Membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Mac 2022
  3. Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
  4. Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
  5. Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.

Tarikh Permohonan

Permohonan subsidi ini akan bermula pada 1 Mac 2022 dan semakan kelayakan boleh dibuat bermula 1 April 2022. Jika anda layak dan permohonan diluluskan, maka anda boleh mula membuat pembelian dan tuntutan bermula 15 April 2022.

Kategori CRS Yang Diiktiraf

Produk kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint Systems – CRS yang boleh dituntut di dalam bantuan kali ini mestilah yang diiktiraf di bawah program dan memenuhi kriteria berikut:

  1. Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.
  2. Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ
  3. Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.
  4. Semakan senarai carseat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman sesawang MIROS.

Untuk maklumat lanjut boleh memuat turun garis panduan memilih CRS yang betul di bawah.

Total
18
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts