Program Felo Perdana Dan Felo Korporat 2022, Elaun Sehingga RM2,000

Program Felo Perdana dan Felo Korporat merupakan program berkonsepkan mentoring yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Ianya melibatkan penempatan mantee (felo) bersama Ahli Jemaah Menteri.

Manakala program Felo Korporat pula juga sebuah program berkonsepkan mentoring melibatkan penempatan mantee (felo) bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat korporat.

Program Felo Perdana telah dilaksanakan sejak tahun 2013 manakala program Felo Korporat pula telah dilaksanakan sejak tahun 2019.

Objektif Program

Kedua-dua program ini diwujukan bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan membina keyakinan diri di kalangan graduan dan siswazah.
  • Memberi pendedahan mengenai pengurusan dan sistem pentadbiran kerajaan.
  • Memberi pendedahan mengenai dunia korporat dan peluang kepada anak muda Malaysia menimba pengalaman secara langsung daripada tokoh korporat yang berjaya.
  • Sebagai platform kepada belia Malaysia untuk melibatkan diri secara langsung dalam perancangan dan penggubalan dasar kerajaan.
  • Sebagai platform kepada belia Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan.

Baca juga: Program SULUNG Bantu Pelajar B40 Lanjut Pelajaran

Tempoh Penempatan

Bagi peserta yang telah terpilih dalam program ini, mereka akan ditempatkan bersama mentor mengikut kategori seperti berikut:

  1. Felo kategori Graduan, mereka akan ditempatkan bersama mentor selama 3 bulan (minimum) sehingga 6 bulan (maksimum).
  2. Felo kategori Siswa, mereka akan ditempatkan bersama mentor selama 6 minggu (minimum) sehingga 3 bulan (maksimum).

Elaun Bulanan

Pemberian elaun bulanan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada peserta Felo kategori Siswa manakala Felo kategori Graduan akan diberi elaun bulanan sebanyak RM2,000.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur 18 hingga 30 tahun pada tahun 2022.
  3. Calon fasih berkomunikasi dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
  4. Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda ke atas.
  5. Pemohon mestilah calon Siswa yang sedang belajar dari mana-mana IPTA/IPTS di dalam atau luar negara; atau
  6. Calon Graduan (Ijazah Pertama) yang telah tamat pengajian dari mana-mana IPTA/IPTS di dalam atau luar negara.

Setiap permohonan yang lengkap (profil dan esei) WAJIB untuk menduduki ujian Psikometrik yang akan diadakan pada bulan April 2022. Pihak Sekretariat Felo akan menghantar link ujian tersebut melalui e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem myfelo. Pihak Sekretariat Felo memohon kerjasama para pemohon untuk sentiasa menyemak e-mel anda.

Cara Memohon

Permohonan hanya dibuka secara atas talian. Bagi yang berminat untuk mohon boleh melayari pautan http://myfelo.kbs.gov.my.

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Graduan/Surat pengesahan sedang dalam pengajian.
  2. Sijil penglibatan sukan dan komuniti (jika berkaitan).
  3. Resume.

Tarikh Permohonan

Permohonan kedua-dua program ini telah dibuka mulai 25 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022 secara atas talian.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Felo Perdana di talian 03-8871 3293/3161 atau emel ke [email protected] atau [email protected]

Total
47
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts