Cara Mendaftar eKasih, Syarat dan Semakan Status 2022

Program eKasih merupakan satu sistem yang diwujudkan sebagai pangkalan data bersepadu buat isi rumah miskin. eKasih diwujudkan bagi membuat perancangan, pelaksanaan serta pemantauan program kemiskinan.

Sistem ini berguna buat kementerian dan juga agensi yang terlibat dalam program bagi membasmi kemiskinan di negara Malaysia.

Syarat Layak eKasih 2022

Sebuah jadual telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi untuk dijadikan rujukan golongan yang layak dimasukkan di dalam sistem eKasih. Jadualnya adalah seperti di bawah:

jadual ekasih

Anda layak memohon jika pendapatan per kapita anda adalah di bawah garis panduan di dalam jadual di atas ini.

Cara Pendaftaran dan Permohonan eKasih

Pendaftaran boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

  • Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) berhampiran anda.
  • Hadirkan diri ke pejabat Daerah di kawasan anda.
  • Anda juga boleh daftar kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, JPKK, ataupun JPKKP.

Namun, cara yang mudah dan berkemungkinan pendaftaran berjalan lancara adalah terus hadir ke PPN ataupun Pejabat Daerah berdekatan anda.

Cara Semakan Pendaftaran eKasih

Anda boleh mengetahu status permohonan anda dengan semak pada pautan ini: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Selain itu anda boleh hubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) .

Bolehkah saya mendaftarkan bagi pihak orang lain?

Boleh. Sekiranya pihak tersebut berpendapatan di bawah PGK. (rujuk jadual).

Apakah maksud KIR?

KIR adalah Ketua Isi Rumah. Ianya merujuk kepada individu yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan ahli-ahli yang tinggal di dalam rumah.

Apakah maksud AIR?

AIR merujuk ahli isi rumah. Merujuk kepada mereka yang tinggal di dalam rumah.

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

Total
9
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts