Cara Latih Anak Tidur Malam Awal

Adakah anda menghadapi masalah anak-anak tidur lewat malam? Sehinggakan menggangu anda untuk berehat awal kerana keesokan perlu bangun pagi bekerja. Dan pasti selagi anak-anak tidak tidur, rumah tak akan kemas. Kadang kala boleh jadi serabut kepala tengok gelagat anak sendiri.

Di tambah lagi sejak PKP dan penutupan sekolah akibat penularan wabah Covid-19, anak-anak anda pasti ada yang tidur lewat bukan? Disebabkan tiada persekolahan keesokannya jadi mereka hura-horay sehingga lewat malam.

Sebenarnya ada cara untuk latih anak tidur malam awal. Ikuti perkongsian dari Nutritionist, Puan Nadiy di bawah

1 – Biasakan Yang Siang Cerah Dan Malam Gelap Dan Sunyi

Mulakan dari usia bayi lagi dengan biasakan yang siang cerah dan bising sikit manakala malam gelap dan sunyi. Jangan buka lampu semasa tidur malam, kalau perlukan cahaya boleh gunakan lampu tidur yang malap.

Hormon melatonin yang memberi kesan mengantuk dan memberi signal untuk kita rehat akan meningkat dari senja ke malam. Cahaya lampu bilik @ phone akan ganggu fungsi hormon ini. Jangan tidur depan tv pula.

2 – Set Masa Waktu Tidur Anak

Kalau ada anak ramai, pastikan semua anak-anak tidur waktu yang sepatutnya. Biasanya pada usia 1 tahun ke atas paling lewat pukul 10 malam anak-anak kita dah lena. Mereka perlukan 10jam tidur malam secara amnya.

Anak-anak ni dia segeng dan sekepala. Nak main sama-sama, nak makan sama-sama, nak tidur sama-sama. Pendek kata semua nak sama-samalah. Yang adik biasanya ikut abang dan kakak.

Semua anak-anak anda kena mandatorikan tidur pada waktu yang sama. Jangan kunci jam nak bangun tidur je ye, ha kunci jam nak mula tidur sekali ya. Kring.. kring..ok jom anak-anak masuk bilik. Mana aci dia sorang je kena tidur awal. Ye Tak?

3 – Bersabar Dan Percaya Dengan Proses

Sebagai Ibu Bapa Atuk Nenek dan penjaga budak, anda jangan lemah semangat kalau pelbagai onak ranjau dilalui. Itu biasa. Kalau budak tu dah 4 tahun dan dia biasanya tidur pukul 12 malam, badan dia dah biasa, dah sebati. Body clock dia dah biasa dengan rutin tu.

Justeru itu, kita tak akan dapat ubah keadaan ni sekelip mata atau dalam masa sehari dua. It wilk takes weeks & months. Maka adalah normal dia mogok, marah, mengamuk kalau kita nak tidurkan dia awal. Pelbagai alasan dia bagi.

Tipsnya anda perlu sabar, bawa dia bacakan bedtime stories, mandikan dengan air suam panas, beri anak susu suam, tutup lampu, jangan bagi makan makanan tinggi gula lepas makan malam, pasang white noise dan lampu tidur yang malap. Bukan nak cakap apa, isu tidur lewat ni salah satunya memang berpunca daripada ibu bapa. Anda yang
membenarkan ia terjadi pada awalnya dan membiarkan ia berlarutan. Is ok. Benda boleh
ubah.

Baca juga: Ini Kesan Buruk Makanan Guna Pewarna Tiruan Pada Otak Anak

4 – Beri Makanan Berkhasiat

Berilah anak makanan yang berzat. Ikan, Telur, Susu, kacang boleh membantu
meningkatkan paras hormon melatonin dalam badan.

5 – Pesan Pada Penjaga Jika Tinggalkan Anak Pada Mereka

Pesanan kalau anda tinggal dengan ahli keluarga lain dalam satu rumah contoh kalau anak kita tinggal dengan sepupu, nenek, atuk, pakcik, makcik dan lain-lainnya bertegas dengan mereka, cukup masa bawa anak atau suruh anak tidur. Berhenti bermain atau buat aktiviti bersama ahli keluarga lain. Boleh sambung esok. Jangan kerana anda rasa segan nanti apa kata nenek, adik beradik dan lain-lain, anak jadi tak sihat. Sejak PKP memang ramai kanak-kanak tidur lewat sebab sekolah kerap ditutup. PKP bukan tiket anak kita boleh tidur lewat.

Kesimpulannya, ada banyak punca kenapa anak boleh kurang berat dan terbantut tinggi. Jangan petik keturunan sebagai punca kalau waktu tidur anak pun tidak menentu. Jomlah kita ubah. Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul.

Total
36
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts