Cara Kira GCR (Gantian Cuti Rehat) Untuk Tahun 2021

Melalui belanjawan 2022 yang dibentang kerajaan sebelum ini, kerajaan membenarkan kenaikan hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan penebusan awal GCR sehingga 50% atau 80 hari di bawah Inisiatif 2, Kebajikan Penjawat Awam.

Untuk pengetahuan umum, GCR adalah ganjaran wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat mereka.

Syarat Penebusan GCR Awal

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
  2. Pegawai telah mencapai umur 45 tahun;
  3. Jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
  4. Bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan
  5. Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari.

Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

Cara Kira GCR

Bagi anda yang bekerja sebagai penjawat awam di Malaysia dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 Tahun, boleh rujuk jadual di bawah untuk formula pengiraan GCR.

Contoh pengiraan di atas ialah untuk Penebusan Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 120 hari bagi sepanjang perkhidmatan (maksimum 150hari). Sebagai contoh:

  • Gaji Akhir + Imbuhan = 5000
  • Jumlah cuti rehat terkumpul selepas 15 tahun perkhidmatan = 80 Hari

Formula:

1/30 x Cuti Rehat dikumpul melebihi 75 hari x Gaji Akhir + Imbuhan Tetap

Oleh itu,

1/30 x 80 hari x RM5000 = RM13,333.33

Melalui formula yang diberikan, jumlah wang melalui GCR yang bakal anda dapati ialah RM13,333.33. Namun formula ini adalah formula rujukan pada tahun 2020.

Car Tebus GCR

Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal JPAPencen melalui pautan http://www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR.

Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email protected].

Total
32
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts