Bila Waktu Tepat Untuk Timbang Berat Badan? Ini Penjelasan Pakar

Normal lah bila seseorang sudah mula menjaga berat badan, pasti anda di antara anda yang gemar melihat jumlah berat badan anda secara kerap.

Siapa dekat sini yang setiap hari timbang berat badan?

Sebenarnya untuk mengetahui berat badan tidak semestinya perlu tahu setiap masa mengikut kehendak anda. Sebenarnya ada beberapa waktu terbaik dan tepat untuk anda menimbang berat badan anda.

Nak tahu tak bila? Jom kita go through di bawah ni!

Bila Waktu Yang Sesuai Timbang Berat Badan?

Antara waktu yang sering disyorkan untuk menimbang berat badan adalah waktu pagi. Tetapi sebelum menimbang, pastikan anda belum bersarapan dan sudah membuang air besar atau kecil.”

Info tambahan untuk anda, waktu pagi paling sesuai untuk menimbang berat badan kerana anda tidak mempunyai berat badan tambahan dari makanan atau sisa makanan yang ada dalam pencernaan.

Seterusnya anda juga boleh timbang berat badan sebelum bersenam. Jangan pula selepas ye kerana badan anda sedang kehilangan cecair dari tubuh iaitu peluh dan ianya akan mempengaruhi jumlah berat sebenar.

Jangan Sesekali Timbang Berat Badan Pada Waktu Ini!

Pada masa yang sama ada satu waktu yang tidak sesuai untuk timbang berat iaitu seminggu sebelum, sedang dan seminggu selepas datang haid. 

Untuk pengetahuan anda, badan wanita yang datang haid akan dipenuhi dengan air disebabkan oleh hormon haid. Jadi elakkan timbang berat ketika waktu ini okay?

Seriuslah Kalau Timbang Setiap Hari Boleh Kurus?

Dipetik daripada Medicine Net, individu yang kerap menimbang berat badan mempunyai kecenderungan untuk hilang lebih banyak berat badan. Malah mereka juga dapat mencegah kenaikan berat badan untuk jangka masa yang panjang.

Manakala Dr. Imelda Balchin pula mengatakan bila timbang setiap hari, seseorang individu boleh melakukan self-monitoring.

“Ini membantu anda memantau dan belajar sendiri apakah amalan pemakanan dan aktiviti harian yang membantu anda mengurangkan berat badan. Ini memberi anda semangat dan motivasi untuk meneruskan usaha yang anda tahu berkesan untuk diri anda sendiri.”

Sekadar pesanan pada yang ingin menimbang berat badan pastikan anda memakai pakaian yang nipis ye, kalau tidak terkejut nanti lihat berat semakin bertambah.

Semoga bermanfaat!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts