Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022. Permohonan Kini Dibuka

Biasiswa Wanita Berdaya Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dengan peruntukan RM200,000 setahun dalam usaha melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).

Program ini dilancarkan pada tahun 2021 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah melalui WBS sebagai agensi pelaksana.

Biasiswa ini bermatlamat menyediakan wanita berilmu pengetahuan serta berkompetensi tinggi menerusi pendidikan berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam titik tumpuan tiga iaitu kepimpinan dan perwakilan

Biasiswa Wanita Berdaya Selangor yang dilaksanakan ini adalah dengan kerjasama Open University Malaysia (OUM) yang bakal menawarkan wanita negeri Selangor yang layak untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana.

Biasiswa itu turut terbuka kepada alumni Akademi Kepimpinan Wanita berusia 21 hingga 40 tahun untuk melanjutkan pengajian dalam pengurusan, pemasaran, sumber manusia, perniagaan dan sains politik.

Kursus Yang Ditawarkan

Senarai kursus yang ditaja di melalui program Biasiswa Wanita Berdaya Selangor adalah seperti di bawah:

Diploma

  • Diploma in Management
  • Diploma in Human Resources Management

Degree (Ijazah Sarjana Muda)

  • Bachelor of Marketing with Honours
  • Bachelor of Business Administration with Honours
  • Bachelor of Management with Honours
  • Bachelor of Human Resource Management with Honours
  • Bachelor Of Political Science With Honours
  • Bachelor Of Liberal Studies With Honours

Master

  • Master of Project Management
  • Master of Management
  • Master of Business Administration
  • Master of Human Resource Management

Baca juga: Program Felo Perdana Dan Felo Korporat 2022, Elaun Sehingga RM2,000

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa adalah bergantung kepada Kursus yang diambil. Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.wbselangor.com.my/

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang berminat untuk memohon, anda boleh merujuk syarat kelayakan seperti di bawah:

Kategori Orang Awam

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.
  • Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
  • Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
  • Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*

Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)

  • Mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.
  • Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
  • Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.
  • Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*

*Pengkhususan kepada kursus-kursus Sains Sosial, Gender, Sumber Manusia, Perniagaan, dan Sains Politik.

Tarikh Permohonan

Permohonan biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) bagi Program Pembelajaran Sepanjang Hayat pengambilan sesi Mei 2022 kini dibuka kepada orang ramai sehingga 15 Mac depan.

Cara Mohon Biasiswa Wanita Berdaya Selangor

  1. Baca dengan teliti borang sebelum diisi dan kemudian beri butir-butir yang dikehendaki dengan lengkap menggunakan HURUF BESAR.
  2. Salinan KAD PENGENALAN, GAMBAR BERUKURAN PASPOT serta RESUME  hendaklah di emel ke [email protected] (Tulis NAMA PENUH – PPSH KOHORT 2 di subject e-mel)
  3. Buat satu KENYATAAN PERIBADI PERMOHONAN BIASISWA WANITA BERDAYA SELANGOR bertajuk, “Mengapakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran? Mengapa biasiswa tajaan WBS wajar diberikan kepada anda? Apakah yang ingin anda sumbangkan kepada masyarakat?” (Minima 150 patah perkataan).
  4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  5. Medium perhubungan utama ialah melalui emel. Pastikan anda memeriksa e-mel untuk mengetahui keputusan permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian +603 5545 4879 atau layari laman web rasmi https://www.wbselangor.com.my/biasiswa-wanita-berdaya-selangor/

Total
10
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts