Imej baharu dedah kawah sebesar stadium pada asteroid yang dilanggar NASA

Imej pertama asteroid Dimorphos selepas dilanggar dengan sengaja oleh kapal angkasa NASA pada 2022 menunjukkan kawah sebesar stadium pada permukaannya.
Video yang dikeluarkan NASA memaparkan saat perlanggaran itu berlaku. Imej baharu pula memperlihatkan kesan kerosakan pada asteroid berkenaan.
Dimorphos tidak mengancam Bumi. Perlanggaran itu dilakukan sebagai ujian pertahanan planet bagi menilai sama ada objek batuan angkasa boleh dialihkan daripada laluannya.
Empat tahun selepas perlanggaran, kapal angkasa Hera milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) sedang meninjau lokasi kejadian untuk menilai sepenuhnya kesan perlanggaran itu.