GTA VI terbit dengan pujian meluas, skor Metacritic 99/100

Sumber: Al Jazeera

Grand Theft Auto VI dilancarkan dengan ulasan yang sangat positif daripada pengkritik dan peminat, menjadikannya antara keluaran yang paling dinanti dalam sejarah permainan video. Pemain mula mendapatkan akses ke permainan itu pada lewat malam di seluruh dunia pada Khamis, dengan ulasan awal menggambarkannya sebagai karya “masterpiece”, “spectacular” dan sebuah epik Amerika yang menakjubkan.

Skor agregat di Metacritic mencapai 99 daripada 100, berdasarkan lebih daripada 150 ulasan, ketika permainan itu mula menapak ke atas konsol permainan secara global. Pengulas seperti Luke Reilly dari IGN menulis ulasan mengagungkan permainan itu berbunyi: “Exquisitely detailed, endlessly ripe for experimentation, and uncompromisingly engineered, Grand Theft Auto 6 is the single most impressive video game I have ever played.” Sementara itu, Jordan Minor daripada PCMag menggambarkan GTA 6 sebagai sangat real walaupun ia tetap fiksyen.

Kisah dalam GTA VI mengikuti pengembaraan Jason Duval dan Lucia Caminos, pasangan ala Bonnie dan Clyde yang terjerat dalam konspirasi jenayah selepas satu misi mudah yang kelihatan gagal. Pemain diberi kebebasan untuk meneroka keadaan fictonal Leonida yang sangat real dan ibu kota pesisirnya, Vice City, sebagai pengganti Florida dan Miami. Seperti kelaziman dalam siri ini, permainan ini memaparkan gambaran jenayah dan keganasan secara grafik, membolehkan pemain melakukan pemanduan kenderaan curi sambil beraksi tembak-menembak dengan pihak polis.

Permainan ini dibangunkan oleh Rockstar Games yang berpusat di New York dengan kos dianggarkan melebihi $1 bilion, dan merupakan keluaran pertama dalam siri tersebut sejak Grand Theft Auto V dilancarkan pada 2013. Pada asalnya dijadualkan untuk dijual pada 2025, tarikh pelancaran ditunda dua kali bagi membolehkan pembangun menambah baik permainan. GTA VI tersedia untuk PlayStation 5 dan Xbox Series dan dipercayai menjadi keluaran yang paling menguntungkan dalam sejarah industri permainan, yang dijangka bernilai sehingga $350 bilion menjelang hujung dekad ini.

Pra-pembelian Grand Theft Auto VI melebihi 15.8 juta unit menjelang 17 November, menjana pendapatan sekitar $1.54 bilion menurut platform penganalisis pasaran Sensor Tower. Siri Grand Theft Auto bermula pada 1997 dengan pelancaran Grand Theft Auto, permainan dunia terbuka 2D yang boleh dimainkan di komputer peribadi, PlayStation dan Game Boy Color.