Bantuan Insentif ONE OFF Sektor Pelancongan Johor

Bantuan Insentif ONE OFF bagi sektor Pelancongan Johor kini dibuka bagi pemain-pemain industri pelancongan yang berada di Johor.

Terdapat 4 kategori pemohon yang layak dan mereka adalah pemohon yang menjalankan perniagaan servis pelancongan seperti:

  • Pemandu pelancong
  • Pengusaha hotel bajet
  • Syarikat agensi pelancongan
  • Pengusaha homestay

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Insentif ONE OFF bagi sektor Pelancongan Johor ini.

A – Pemandu Pelancong

Syarat-syarat permohonan:

  • Pemohon mestilah berdaftar dengan MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftar
  • Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen yang ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Johor
  • Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
  • Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugas berserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat / agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021
  • WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan
  • Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera
  • Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022

B – Pengusaha Hotel Bajet

Syarat-syarat Permohonan:

  1. Pengusaha hotel mestilah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor dan dilesenkan oleh PBT
  2. Pemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di negeri Johor
  3. Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen
  4. Pemohon mesti mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang 2021
  5. Pemohon mestilah mengemukakakn 5 pakej pelancongan Johor 2022 di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI)
  6. WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.
  7. Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera
  8. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022

C – Syarikat Agensi Pelancongan

Syarat-syarat permohonan:

  1. Syarikat agensi pelancongan mestilah berdaftar dengan Pejabat MOTAC Johor dan dilesenkan oleh PBT
  2. Pemohonan mestilah agensi yang beroperasi di negeri Johor
  3. Permohonan mestilah lengkap sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan berdaftar
  4. Pemohon perlu mengemukakan laporan jumlah jualan sepanjang tahun 2021
  5. Permohonan mestilah mengemukakan 5 pakej pelancongan Johor di aplikasi Johor Tourism Interchange
  6. Wajib hadiri latihan pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.
  7. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022

D – Pengusaha Homestay

Syarat-syarat permohonan:

  1. Pengusaha homestay mestilah berdaftar dengan Persatuan Homestay Negeri Johor.
  2. Pemohon mestilah berdaftar dengan ahli persatuan yang diiktiraf di Negeri Johor.
  3. Pemohonan mestilah pengusaha yang beroperasi di negeri Johor.
  4. Permohonan mestilah lengkap sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan berdaftar
  5. Pemohon perlu mengemukakan laporan jumlah penginapan di Homestay sepanjang tahun 2021
  6. Pemohon mestilah mengemukakakn 5 pakej pelancongan Johor 2022 di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI)
  7. WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.
  8. Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera
  9. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022

Cara Memohon

Semua pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat permohonan untuk setiap kategori boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan menerusi pautan berikut :

https://drive.google.com/drive/folders/ BANTUAN INSENTIF PELANCONGAN JOHOR 2022

Borang permohonan yang telah lengkap dengan syarat-syarat sebagaimana di tetapkan, hendaklah di hantar kepada Pengerusi Persatuan bagi setiap kategori.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup bagi setiap kategori permohonan adalah pada hari Selasa, 8 Mac 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, bolehlah hubungi Tourism Johor pada waktu pejabat sahaja di talian 07-2249960.

Total
22
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts