Bantuan Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Banjir RM56,000 – PM

Bantuan baik pulih rumah rosak akibat banjir RM56,000 bakal diberikan kepada mangsa banjir bagi mereka yang layak. Itu adalah antara bantuan yang boleh dipohon oleh setiap mangsa banjir yang terjejas akibat bencana tersebut.

Bencana ini bukan sahaja telah memusnahkan harta benda, malah menyebabkan kehilangan nyawa dengan kehilangan 48 nyawa yang menjadi korban banjir.

Justeru itu, kerajaan ini komited untuk memastikan bantuan-bantuan yang bakal disalurkan akan ditambah baik supaya lebih menyeluruh dan dapat segera disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan itu merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat tanpa perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dengan usaha ini, pencarum boleh mengekalkan simpanan mereka dan menikmati dividen tahunan sekitar 5 peratus sekali gus mereka boleh merancang masa depan selepas bersara.

Antara bantuan banjir keluarga malaysia yang diumumkan Perdana Menteri ketika ucapan tahun baru:

1 – Bantuan Wang Ihsan (BWI), RM1000

Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa.

Bantuan Wang Ihsan (atau BWI) telah dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan.

Ini akan memanfaatkan lebih 45,000 Ketua Isi Rumah.

Angka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kita selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS).

Setakat hari ini, seramai 20 ribu Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan ini.

2 – Rebat Pembelian Barangan Elektrik, RM500

baucar tunai sebanyak RM500 ringgit bagi pembelian barangan elektrik kepada setiap keluarga mangsa banjir bagi menggantikan barangan elektrik yang rosak akibat bencana banjir.

Pembelian boleh dibuat di premis atau di platform e-dagang yang diiktiraf oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Program ini akan dilaksanakan bermula 7 Januari 2022.

3 – Perkhidmatan Tunda Kenderaan Rosak Percuma, Diskaun Dan Baucar Tunai

Bagi pemilik PERODUA dan PROTON yang terkesan, syarikat ini menawarkan pengecualian bayaran perkhidmatan tunda kenderaan dan upah baik pulih disamping diskaun 50 peratus ke atas alat ganti.

Manakala syarikat lain pula menyediakan perkhidmatan tunda kenderaan secara percuma dan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir, Kerajaan turut menyediakan baucar tunai sebanyak RM1,000 bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan yang terkesan termasuk lori, kereta, motosikal dan lain-lain.

Pemberian baucar tunai dan diskaun akan dimulakan pada Januari 2022.

4 – Bantuan Tunai Untuk Pembaikan Rumah Rosak, RM5,000

Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak serius.

Walau bagaimanapun, bagi kerosakan serius, Kerajaan sendiri akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000. Manakala, bagi rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, Kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 setiap unit rumah dibina baru.

5 – Bantuan Pembelian Barangan Keperluan, RM2,500

Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai sebanyak RM2,500 khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing. Pemberian ini adalah khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir.

Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.

Semoga semua bantuan Kerajaan ini akan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda negara.⠀

Sumber: Kenyataan Media PM Malaysia

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts