Bangkit OKU: Kursus Jana Pendapatan Khas OKU Johor. Tempat Terhad!

Program Bangkit OKU ini dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) yang merupakan yayasan yang diluluskan penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada 19 Mei 1997.

Progam ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan OKU menjana pendapatan sendiri melalui kemahiran yang diperoleh.

Dengan kursus ini juga, para OKU berpeluang mempelajari kursus kemahiran yang ditawarkan oleh YPKDT bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Kursus Yang Ditawarkan

Terdapat 3 kursus asas yang ditawarkan di dalam Program Bangkit OKU kepada pemohon yang berminat iaitu:

  • Pembuatan Sabun Cenderahati
  • Pembuatan Sushi dan Gimbap
  • Pembuatan Bouquet Bunga

Kursus Tambahan:

  • Kursus Pembungkusan
  • Pelabelan serta Kursus Pemasaran Digital.

Tarik Permohonan Bangkit OKU

Bagi yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 23 Mac dan tempat adalah terhad.

Baca juga: Daftar Janji Temu Vaksinasi Kanak-Kanak Di MySejatera Boleh Dibuat Mulai 7 Mac

Cara Memohon Bangkit OKU

Pemohon perlu melengkapkan borang seperti di pautan di bawah ini:
https://forms.gle/KNBzzLFJXUQ5D14a9.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan OKU YPKDT di talian 07-2666526.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts