Bahaya Simpan Ubat Demam Jenis Cecair Dalam Peti Sejuk Terlalu Lama

Setiap kali anak-anak kita demam, kita pasti risau dan terus ke klinik untuk berjumpa dengan doktor. Pasti doktor akan memberikan preskripsi ubat demam paracetamol dalam bentuk cecair.

Namun tidak semestinya ubat tersebut habis kerana selalunya anak akan sihat sebelum dapat menghabiskan ubat. Jadi lebihan ubat tersebut di simpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan akan datang.

Tapi tahukah anda ubat demam cecair sebenarnya tidak elok disimpan terlalu lama? Dan ia juga tidak elok untuk disimpan lama di dalam peti sejuk!

Menerusi Twitter, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi perihal mengapa tidak boleh simpan ubat demam paracetamol di dalam peti sejuk terlalu lama.

SEBAB TAK BOLEH SIMPAN LAMA

Jelasnya suatu ketika dahulu dia sentiasa berasa pelik kerana ramai ibu bapa membawa anak berjumpanya mengatakan anak demam panas tak kebah. Walhal sudah diberikan ubat demam di rumah.

Apabila diselidiki rupanya anak tersebut diberikan ubat demam yang sudah lama tersimpan di dalam peti sejuk.

Tambah Dr Ahmad Luqman lagi besar kemungkinan ubat tersebut telah pun rosak dan langsung tak berkesan.

Untuk pengetahuan anda ubat demam paracetamol yang dibotolkan dari kilang sudah terisi dengan ‘clean air’. Malah ada juga terisi dengan nitrogen.

Manakala ubat demam cecair itu pula sudah dicampur dengan bahan pengawet untuk elak pembiakan bakteria di dalam ubat tersebut. Apabila botol ubat dibuka, ‘clean air’ tersebut akan terkeluar dan kemudian udara biasa pun akan memasuki ruang botol.

Itulah sebabnya tak bagus untuk menyimpan ubat demam yang sudah dibuka dalam tempoh yang lama kerana kemungkinan udara luar mengandungi bakteria dan kulat.

Lebih mengeruhkan keadaan bila ubat demam tersebut kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk. Ini kerana pada suhu rendah, proses kondensasi boleh berlaku di dalam botol dan akan membentuk wap aip.

Wap air yang terkumpul di dalam botol tadi ini boleh menyebabkan ubat menjadi rosak. Wap air tersebut tiada bahan pengawet lalu boleh menyebabkan bakteria dan kuman membiak.

Selama ini kita fikir simpan ubat di dalam peti sejuk itu baik untuk buat ia tahan lama sedangkan hakikat adalah sebaliknya!

Sebenarnya apa-apa ubat demam jenis cecair seharusnya disimpan di dalam kondisi suhu bilik. Paling bagus usah simpan ubat demam apabila anak sudah pulih dan sihat. Jika ingin juga pastikan tidak lebih dari dua bulan.

Kredit: Twitter Dr Ahmad Luqman Bukhari

Total
18
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts