6 Termoteter Digital Yang Sesuai Untuk Periksa Suhu Badan

Sejak dunia dilanda wabak Covid-19, Termometer sudah menjadi peralatan wajib yang kita perlu ada untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak yang masih kecil. Termometer berfungsi untuk mengukur suhu badan sama ada berada di tahap normal atau tidak.

Macam mana nak tentukan termometer yang terbaik?

untuk kegunaan rumah, adalah sebaiknya anda menggunakan termometer berjenis digital kerana boleh membaca suhu tubuh badan anda dengan tepat dan penggunaannya lebih mudah. Hanya perlu letak pada bahagian ketiak, dahi atau telinga.

Cuma apa yang kami ingin tekankan adalah memastikan anda membeli produk termometer yang yang mempunyai bahan merbahaya seperti merkuri. Berikut kami senaraikan beberapa termometer untuk panduan anda;

Acrux Digital Thermometer

Termometer ini selamat digunakan untuk semua peringkat umur kerana bebas daripada bahan merkuri. Alat ini memberi ketepatan ukuran suhu yang sangat tepat dalam masa 20 saat.

Malah, mempunyai sistem Auto Switch Off selepas tidak digunakan dan paling penting termometer ini akan mengeluarkan bunyi amaran jika bacaan suhu badan melepasi tahap normal.

Pigeon Digital Thermometer

Termometer Pigeon tidak sama seperti termometer lain kerana anda perlu menunggu selama 5 minit selepas menekan butang on untuk memastikan suhu yang diambil adalah tepat.

Untuk pengetahuan anda, suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding dewasa, maka suhu badan mereka bergantung kepada keadaan sebelum suhu diambil. 

Jangan risau, termometer ini akan mengeluarkan bunyi sekiranya suhu badan melebih paras normal dan ketahanan bateri mampu bertahan sehingga 200 jam.

Medisana Fieberthermometer (TM700)

Cara penggunaan termometer Medisana sangat mudah. Hanya meletakkan termometer pada bahagian bawah lengan atau mulut untuk membaca suhu badan.

Kemudian, tekan satu butang dan bacaan suhu badan dipaparkan pada skrin dalam masa 10 saat.

Omron Digital Thermometer (MC245)

Jenama Omron merupakan jenama yang dipercayai bacaan suhu yang tepat dalam bentuk Fahrenheit atau Celsius dan akan berbunyi jika suhu badan sudah dibaca.

Berita buruk tentang termometer ini adalah bateri tidak boleh diganti tetapi bersifat water resistance. Jadi mudah untuk anda mencuci selepas menggunakannya.

Infrared Forehead Medical Electronic Thermometer

Termometer ini terbaik untuk mengukur suhu badan dengan tepat walaupun keadaan sekeliling mampu mempengaruhi keadaan badan anda ketika itu. Bergantung kepada jenis dan ketebalan kulit, suhu yang diukur mungkin terdapat sedikit perbezaan. 

Jika anda berada lama di luar dan kemudian masuk ke tempat yang berhawa dingin, pastikan termometer berada di dalam bilik tersebut 15 – 20 minit sebelum menggunakannya. Ini untuk memastikan suhu badan anda bersesuaian dengan keadaan bilik tersebut sebelum mengukurnya.

Infrared Multifunction Non-Contact Digital Thermometer

Elakkan daripada terkena jangkitan wabak penyakit pada musim COVID-19 ini dengan menggunakan termometer yang tidak memerlukan sentuhan secara fizikal. Anda boleh merekod sehingga 32 bacaan sebelumnya untuk memantau keadaan kesihatan agar kekal sihat. 

Skrin LCD termometer ini sangat jelas, membolehkan boleh mengukur suhu untuk semua peringkat umur. Termometer ini lengkap dengan fungsi penggera bahawa badan berada dalam keadaan demam, anda boleh segera melakukan proses pencegahan.

Tidak dinafikan penggunaan termometer pada waktu ini sangatlah digalakkan. Dengan adanya termometer, kita akan lebih mudah untuk mengatahui tahap kesihatan kita dengan memeriksa suhu badan. Selain daripada mendapatkan termometer ini di farmasi, anda juga boleh boleh gunakan aplikasi atas talian seperti Lazada atau Shopee untuk mendapatkan termometer yang disenaraikan di atas ini.

Baca juga: 5 Risiko Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Pakai Braces

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts